Wednesday, February 18, 2009

RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI

BERSIFAT JUJUR DAN ADIL
  • Rasulullah terkenal dengan sifat jujur sejak sebelum baginda dilantik menjadi rasul sehingga baginda digelar al-Amin yakni orang yang jujur oleh masyarakat Arab di kota Mekah.
  • Dengan sifat inilah dakwah Rasulullah dapat disebarkan dengan mudah dan berkesan kerana masyarakat begitu mempercayai baginda lantaran kejujurannya.
  • Dalam melaksanakan keadilan , baginda tidak pernah membeza-bezakan manusia sama ada miskin atau kaya dan sebagainya. Segala keputusan yang dibuat oleh baginda dapat memuaskan hati semua pihak. Baginda berjaya menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani walaupun oleh pihak musuh disebabkan keadilan yang ditunjukkan oleh baginda..
  • Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari sahabat Ali r.a berkata : “Rasulullah adalah manusia yang paling adil”.
  • Sebagai contoh ketika Rasulullah menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang wanita bangsawan Quraisy yang telah mencuri sehingga baginda bersabda yang bermaksud , “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri , nescaya aku akan potong tangannya”.
  • Sebagai pemimpin perlu bersifat jujur dan sentiasa berlaku adil dalam pentadbiran atau pemerintahannya agar terhindar dari sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Pemimpin yang jujur dan adil akan dihormati oleh rakyat atau orang bawahannya.
  • Sebaliknya pemimpin yang tidak jujur dan tidak berlaku adil akan menyemai sifat benci di kalangan rakyat yang akhirnya akan menghalang kemajuan sesebuah negara.

No comments: