Thursday, April 2, 2009

AD-DAULAH ISLAMIAH

Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak

sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.

Lebih dari itu, Islam kita adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah

satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam.Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman itulah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkanoleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskankaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.

Firman Allah Taala:

"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata." (Al

Baqarah: 193)

Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia

mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka. " (Maksud Hadith)

Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh

membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat).


Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.

Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan d n bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.

Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

[Utz Mustafa Masyhur]


MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Tuesday, February 24, 2009

RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI

PEMIMPIN YANG BIJAK BERPOLITIK
  • Rasulullah telah berjaya mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Malah baginda juga telah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang terdiri dari 3 suku kaum yang besar iaitu Bani Khuraizah , Nadir dan Qainuka dalam usaha untuk melenyapkan permusuhan antara golongan-golongan yang saling bermusuhan ini, baginda telah membuat perjanjian persahabatan dan perdamaian dengan kaum Yahudi ini sehinggakan kaum yang dahulunya saling bersengketa akhirnya bersatu di bawah ketokohan dan kepemimpinan Rasulullah. Allah berfirman bermaksud Bertolong bantulah kami dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan.
MENGUTAMAKAN MUSYAWARAH
  • Banyak keputusan yang dibuat oleh pihak pemerintah sebelum kedatangan islam bersifat diktator.
  • Perutusan Rasulullah telah menekankan konsep musyawarah dalam setiap keputusan yang dibuat.
  • Boleh dilihat dalam peristiwa orang-orang Yahudi bani Nadir beserta golongan Quraisy yang hendak menggempur kota Madinah.Dalam menghadapi serangan ini , Rasulullah telah bermesyuarat dengan para sahabat dan akhirnya baginda menerima pandangan Salman al-Farisi agar dibuat parit di pinggir kota Madinah dan dikenali peperangan tersebut sebagai peperangan Khandak.
  • Saidina Ali pernah bertanya kepada Rasulullah mengani perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran dan tiada dalam sunnahnya. Maka baginda bersabda “ Kumpulkan orang-orang pandai dari kaum Muslimin. Kemudian jadikanlah perkara itu dalam permesyuaratan antara kalian “.
  • Dalam konteks masyarakat hari ini , musyawarah amat penting contohnya seorang pemimpin dalam masyarakat perlulah bermesyuarat untuk memastikan keharmonian dan keamanan berkekalan. Sebagai contoh apabila dunia dilanda Tsunami , maka pemimpin dunia yang terlibat telah mengadakan mesyuarat khas di Jakarta bagi membincangkan kaedah dan pendekatan bagi menangani masalah ini pada masa hadapan.