Wednesday, February 18, 2009

RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI

BERSIFAT JUJUR DAN ADIL
  • Rasulullah terkenal dengan sifat jujur sejak sebelum baginda dilantik menjadi rasul sehingga baginda digelar al-Amin yakni orang yang jujur oleh masyarakat Arab di kota Mekah.
  • Dengan sifat inilah dakwah Rasulullah dapat disebarkan dengan mudah dan berkesan kerana masyarakat begitu mempercayai baginda lantaran kejujurannya.
  • Dalam melaksanakan keadilan , baginda tidak pernah membeza-bezakan manusia sama ada miskin atau kaya dan sebagainya. Segala keputusan yang dibuat oleh baginda dapat memuaskan hati semua pihak. Baginda berjaya menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan disegani walaupun oleh pihak musuh disebabkan keadilan yang ditunjukkan oleh baginda..
  • Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari sahabat Ali r.a berkata : “Rasulullah adalah manusia yang paling adil”.
  • Sebagai contoh ketika Rasulullah menjatuhkan hukuman potong tangan kepada seorang wanita bangsawan Quraisy yang telah mencuri sehingga baginda bersabda yang bermaksud , “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri , nescaya aku akan potong tangannya”.
  • Sebagai pemimpin perlu bersifat jujur dan sentiasa berlaku adil dalam pentadbiran atau pemerintahannya agar terhindar dari sebarang bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Pemimpin yang jujur dan adil akan dihormati oleh rakyat atau orang bawahannya.
  • Sebaliknya pemimpin yang tidak jujur dan tidak berlaku adil akan menyemai sifat benci di kalangan rakyat yang akhirnya akan menghalang kemajuan sesebuah negara.

Thursday, February 12, 2009

renungan

Surah al Baqarah : ayat 17 hingga 20


17. Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api[26], Maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat Melihat.

18. Mereka tuli, bisu dan buta[27], Maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar),

19. Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, Karena (mendengar suara) petir,sebab takut akan mati[28]. dan Allah meliputi orang-orang yang kafir[29].

20. Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

[26] orang-orang munafik itu tidak dapat mengambil manfaat dari petunjuk-petunjuk yang datang dari Allah, Karena sifat-sifat kemunafikkan yang bersemi dalam dada mereka. keadaan mereka digambarkan Allah seperti dalam ayat tersebut di atas.

[27] walaupun pancaindera mereka sehat mereka dipandang tuli, bisu dan buta oleh Karena tidak dapat menerima kebenaran.

[28] keadaan orang-orang munafik itu, ketika mendengar ayat-ayat yang mengandung peringatan, adalah seperti orang yang ditimpa hujan lebat dan petir. mereka menyumbat telinganya Karena tidak sanggup mendengar peringatan-peringatan Al Quran itu.

[29] maksudnya pengetahuan dan kekuasaan Allah meliputi orang-orang kafir.